Khamis, 30 Disember 2010

Hari Orentasi 2011

Ibu bapa mendengar taklimat daripada Puan Mariam (GB)
Puan Mariam sedang memberi taklimat.


Ibu bapa sibuk melengkapkan maklumat murid (smm)

Jumaat, 6 Ogos 2010

Jawatankuasa Prasekolah Delima

Penasihat:


Pn. Hjh Mariam bt. Md. Deris

(Guru Besar)

Pengerusi:

Pn. Norhamizah bt. Hassan

(GPK 1)

Setiausaha:

Pn. Norisam bt. Nasir

AJK:

Pn. Che Ku Azizah bt. Che Ku Nara

En. Ramli b. Baba

Cik Zaiton bt. Abd. Rahim

En. Nazarrudin b.Ibrahim

Sejarah Penubuhan Prasekolah SK. Kampong Tengah

Prasekolah SK Kampong Tengah telah dibuka pada tahun 1992 iaitu bermulanya prasekolah di Melaka. SK Kampong Tengah telah dipilih di antara beberapa buah sekolah di negeri Melaka.

Kelas prasekolah terletak di hujung bangunan blok B. Kelas ini telah diubahsuai supaya sesuai dengan murid-murid prasekolah.
Terdapat peningkatan muurid dari tahun ke tahun. Sebagai contoh pada tahun 2000, bilangan murid prasekolah SK Kampong Tengah hanya 8 orang. Pada tahun 2001 jumalah murid prasekolah meningkat kepada 15 orang. Tahun 2002 jumlah meningkat lagi hingga 22 orang. Semenjak tahun 2003 bilangan murid yang ingin memasuki prasekolah meningkat sehingga terpaksa membuat pemilihan bagi mengambil 25 orang sahaja.

Seorang guru yang terlatih dan seorang pembantu (PPM) diletakkan di prasekolah bagi melancarkan perjalanan kelas prasekolah.  Sekarang prasekolah SKKT telah dikenali sebagai PRASEKOLAH DELIMA.

Matlamat Pendidikan Prasekolah

Memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek JERIS melalui persekitaran yang selamat, menyuburkan, seronok, kreatif dan bermakna.



Membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak dan bersedia menangani cabaran dan tanggungjawab.

Objektif Pendidikan Prasekolah

1. Membina kecergasan badan


2. Mempunyai tubuh badan yang sihat.

3. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.

4. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk yang beragama Islam.

5. Mengamalkan nilai murni.

6. Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa penghantar dalam konteks kehidupan seharian.

7. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.

8. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.

9. Mempunyai kematangan emosi.

10. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.

11. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.

12. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.

13. Boleh bekerja secar bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.

14. Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.

15. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.

16. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.

17. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

18. Mengembangkan daya kreatif dan estetika.

19. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.