Jumaat, 6 Ogos 2010

Objektif Pendidikan Prasekolah

1. Membina kecergasan badan


2. Mempunyai tubuh badan yang sihat.

3. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.

4. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk yang beragama Islam.

5. Mengamalkan nilai murni.

6. Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa penghantar dalam konteks kehidupan seharian.

7. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.

8. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.

9. Mempunyai kematangan emosi.

10. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.

11. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.

12. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.

13. Boleh bekerja secar bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.

14. Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.

15. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.

16. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.

17. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

18. Mengembangkan daya kreatif dan estetika.

19. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan