Jumaat, 6 Ogos 2010

Sejarah Penubuhan Prasekolah SK. Kampong Tengah

Prasekolah SK Kampong Tengah telah dibuka pada tahun 1992 iaitu bermulanya prasekolah di Melaka. SK Kampong Tengah telah dipilih di antara beberapa buah sekolah di negeri Melaka.

Kelas prasekolah terletak di hujung bangunan blok B. Kelas ini telah diubahsuai supaya sesuai dengan murid-murid prasekolah.
Terdapat peningkatan muurid dari tahun ke tahun. Sebagai contoh pada tahun 2000, bilangan murid prasekolah SK Kampong Tengah hanya 8 orang. Pada tahun 2001 jumalah murid prasekolah meningkat kepada 15 orang. Tahun 2002 jumlah meningkat lagi hingga 22 orang. Semenjak tahun 2003 bilangan murid yang ingin memasuki prasekolah meningkat sehingga terpaksa membuat pemilihan bagi mengambil 25 orang sahaja.

Seorang guru yang terlatih dan seorang pembantu (PPM) diletakkan di prasekolah bagi melancarkan perjalanan kelas prasekolah.  Sekarang prasekolah SKKT telah dikenali sebagai PRASEKOLAH DELIMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan